Ariel (kiri) dan Luna Maya. - Foto AFPEDITOR muzik Peterpan, Alias Redjoy atau lebih dikenali sebagai RJ akan menerima hukuman lebih berat kerana mencuri dan mengedar video lucah yang membabitkan penyanyi kumpulan itu, Ariel.
"Hukuman RJ akan berbeza dengan Ariel. Dia mengedarkan video lucah itu, maka lebih berat hukumannya," kata jurucakap polis, Marwoto Soeto kepada detikhot.com, Selasa.
Ariel, Luna Maya dan Cut Tari tidak didakwa di bawah Undang-Undang Informasi dan Transaksi Elektronik Indonesia kerana ketiga-tiganya tidak menyebarkan video itu.
Sementara RJ didakwa sebagai penyebar video lucah tersebut yang membuat masyarakat menonton video berkenaan.
RJ difahamkan telah memiliki video tersebut sejak tahun 2007 tetapi tidak pernah menyebarkannya.
Bagaimanapun, kenalan RJ iaitu Anggit dipercayai telah mencuri dan menyebarkan video tersebut.
"Sama ada terdapat unsur sengaja atau tidak itu nanti akan diperiksa kembali," jelas Marwoto.




5 comments:
Look before you leap.................................................
文章是心情的反應~~祝妳天天寫的都是讓人開心的好文章哦!!...............................................................
Lets cross the bridge when we come to it............................................................
知識可以傳授,智慧卻不行。每個人必須成為他自己。............................................................
Never put off till tomorrow what may be done today.......................................................................
Post a Comment