Saturday, May 15, 2010

Saiful Apek kena tipu RM500,000!





Pelawak popular Saiful Apek atau Mohd Saiful Azam Mohamed Yusoff, 41, mendakwa dia telah ditipu oleh sebuah syarikat penerbitan filem kerana tidak menjelaskan bayaran di atas pelaburan serta kerja-kerja lakonan yang dibuat menerusi dua buah filem. Menurut Apek dia sepatutnya menerima bayaran bernilai kira-kira RM500,000 menerusi dua buah filem berkenaan daripada syarikat terbabit yang mana kedua-duanya telah pun ditayangkan pada tahun 2005 dan 2006.

Dia yang hingga masih lagi merahsiakan nama syarikat penerbitan terbabit bagaimanapun bercadang untuk mengadakan sidang media khas dalam masa terdekat ini bagi mendedahkan perkara ini kepada pihak umum. Apek berkata, dia sudah pun melantik peguam dan kes ini akan membawa ke mahkamah.

"Buat masa sekarang ini saya tidak akan mendedahkan syarikat mana dan filem mana yang dimaksudkan. Sedikit masa lagi saya bersama-sama peguam akan akan mengumumkannya dalam sidang media khas. Saya terpaksa mengambil tindakan mahkamah kerana ia melibatkan wang yang besar. Bagi saya ia adalah sesuatu penganiayaan terhadap punca utama rezeki saya. Kalau orang buat macam ini pada saya habislah saya.

"Bukan sahaja duit pelaburan saya tidak dibayar, malah duit hasil lakonan pun tidak diberi satu sen pun. Nak kata filem ini tak berjaya, tidak jug. Malah, apa yang saya tahu. kedua-duanya meletup di pawagam. Hingga hari ini saya berdiam diri dan menyembunyikan perkara ini. Apabila sekian lama menanti, saya rasa sudah tiba masanya untuk saya mencari pengadilan. Lagi pun saya tak mahu ambil tindakan terburu-buru.

"Sebab. kalau saya hendak ambil tindakan undang-undang, ia haruslah dilakukan menerusi saluran yang betul. Saya juga bercadang unyuk membuat aduan kepada pihak Seniman," kata Apek ketika ditemui pada majlis pra tonton filem Kecoh Betul di pawagam Golden Screen Cinema di pusat membeli belah Tropicana City baru-baru ini.

No comments: