Saturday, May 15, 2010

Nabil Raja Lawak lupa ingatan akibat kemalangan

Sudah jatuh ditimpa tangga! Begitulah nasib yang menimpa Nabil atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad. Jam 12 tengah hari, Nabil telah kehilangan datuk kesayangannya. Niatnya untuk pulang ke kampung bagi menghadiri majlis pengebumian arwah bertukar menjadi tragedi apabila dia sendiri terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Damansara. Kejadian berlaku pada 6.05 petang, di hadapan stesen minyak Petronas berdekatan Ikea. Nabil dipercayai cuba mengelak sebuah kereta yang ingin memasuki simpang. Apabila gagal mengawal motosikalnya, Nabil terjatuh.


Nabil mengalami luka di tangan serta kecederaan di rusuk belakang. Kesan hentakan itu juga menyebabkan Nabil mengalami gegaran di otaknya. Bagaimanapun, menurut pengurus Nabil, Latip, dia kini dalam keadaan stabil.

“Masa kemalangan, Nabil jatuh dan kepalannya terhentak di atas jalan. Dia mengalami gegaran di otak akibat hentakan itu dan dia pengsan. Bila dia terjaga, dia lupa ingatan. Kami ada tanya dia apa yang berlaku, tetapi dia langsung tidak ingat apa-apa yang berlaku sepanjang hari ini.
“Sepatutnya Nabil kena tahan wad. Doktor arahkan dia diberi pengawasan selama 24 jam. Tapi dia tak nak. Dia nak balik rumah. Sekarang ini dia dijaga oleh P.A dia. Alhamdulillah, keadaan Nabil tak teruk sangat sebab dia pakai ‘safety suit’ ketika itu,” ujar Latip. -Gua

No comments: