Wednesday, May 19, 2010

Bung Mokhtar Dipenjara Sebulan, Zizie Didenda RM1000 Akibat Berpoligami Tanpa Izin



Pengajaran buat Bung Mokhtar dan kita semua, kalau rasa nak berpoligami tirulah Abang Salleh Yaakob. Abang SY kita sentiasa mintak izin kepada isteri-isteri dia bila dia nak berkahwin lain. Sekarang hidup aman bahagia dan tak perlu turun naik mahkamah macam Bung Mokhtar dan Zizie Ezette. Semalam pihak mahkamah dah pun menjatuhkan hukuman penjara sebulan kepada Bung Mokhtar dan denda RM10o0 kepada Zizie Ezette kerana berpoligami tanpa izin.

Katanya mereka berdua nie dinikahkan di sebuah rumah di Gombak. Kira ok lagilah tue. Ingatkan lari pergi sampai ke Thailand. Kami rasa memang Bung nak bagitau kat bini first dia, tapi tak sempat. Almaklumlah orang Parlimen mestilah sibuk nak pergi melawat rakyat. Dengar cerita orang politik kat Malaysia nie ada yang sampai sebulan tak balik rumah. Almaklumlah sibuk berbakti kepada rakyat.

Terbaru kami dengar hukuman ini bakal ditangguhkan sebab Bung Mokhtar dan Zizie Ezette nak buat rayuan. Oh ya terlupa plak yang Shaheizy Sam (hero Adnan Sempit) turut didenda RM1000 kerana bersubahat. Ish-ish. Masa wartawan tanya hari tue taknak mengaku. Tetiba sekarang dah kena denda. Mungkin dia ada short term memory loss kot.

Yang penting Zizie dah sah pun jadi isteri Bung. Kalau kena denda tue bayar jerlah. Duit kan banyak. Tak gitu?

1 comment:

韋于倫成 said...

成功是一把梯子,雙手插在口袋裡是爬不上去的。........................................