Thursday, July 31, 2008

AMY DAPAT HADIAH BIRTHDAY RM2.5 JUTA





Nabila dan bakal suaminya…
MAHU tahu siapakah yang mendapat rumah bernilai RM2.5 juta sebagai hadiah hari jadi?

Bukan artis Hollywood, tetapi artis Malaysia yang dikenali sebagai Amy Search.

Itulah kejutan buat media saat menghadiri majlis hari jadi ke-50 rocker tersohor Malaysia ini.
Hal itu didedahkan sendiri oleh isteri Amy, Norish saat Amy sedang sibuk melayan soalan-soalan yang dilemparkan pihak media.

Menurut Norish, Amy telah menerima hadiah sebuah rumah bernilai RM2.5 juta di sebuah kawasan perumahan elit.

Tanpa banyak bicara, Amy hanya mampu tersenyum, lantas mula berkata-kata, “Baru tempah semalam. Kalau boleh saya tak mahu kecoh-kecoh. Lagipun ini pemberian orang, dan saya berterima kasih kepadanya,” akui Amy sambil enggan memberitahu siapakah gerangannya yang menghadiahkan rumah mewah itu kepadanya.

No comments: