Monday, June 9, 2008

Manjalara



Manjalara, Antara Tarikan & Hiburan
Manjalara, bukan sekadar nama sebuah bandar yang terletak antara Kepong dan Bandar Sri Damansara. Malah Manjalara juga dijadikan tajuk untuk sebuah drama TV 75 episod atau dikatakan sampai 150 episod? Walaupun sampai di rumah dalam jam 7 malam, saya tidak melepaskan peluang untuk mengadap TV sementara menunggu nasi masak… Seakan dah jadi rutin untuk mengikuti drama komedi romantis ini yang disiarkan di TV3, setiap hari Isnin hingga Khamis mengisi slot Akasia yang agak jarang ditonton oleh pekerja pejabat.
Penggerak dan pelakon utama drama revamp atau ala ‘transformers’ dari rupa buruk kepada rupa cantik jelita ini, Emilda Rosmila Abdul Hamid sebenarnya merupakan adik kepada isteri AC Mizal, Emilia Rosnaida. Nak dibedakan, lakonan Emilia jauh lebih matang daripada kakaknya yang kini hanya menjadi pengurus AC Mizal. Selain plot cerita penuh adegan dramatik, saya tertarik dengan watak Zsa-Zsa (Zaza) yang dilakonkan oleh Abby Abadi. Belum pernah saya lihat Abby membawa watak perempuan gedik sebegini. Watak Zaza yang dramatik, emosi, ceria dan manja begitu menjadi sehingga saya rasa ianya berjaya keluar dari imej Ketua Inspektor Aleeza dalam drama Gerak Khas. Abby dikatakan sanggup berhabis duit, buat kajian homework dan keluarkan pakaian lama ketika bersama kumpulan Elite demi menghidupkan watak ganjil ini. Kalau anda perasan, pakaian Zsa-Zsa mesti kelihatan janggal sehingga membuatkan orang memandangnya berkali-kali seperti stokin panjang warna merah menyala dan berbunga-bunga. Tahniah buat Abby Abadi kerana bijak membawa watak perempuan yang mengada-ngada, poyo dan over sekaligus mengeletek hati saya dengan lawak dan kelucuannya. Sekarang ni Zaza dah jadi pelakon drama dan sudah ada pengurus peribadi sendiri. Personal Assistant dia pun boleh tahan lawak gak. Kira dua kali lima dengan Zaza. Over shadow mengalahkan Zaza, je kan?

Dengan menampilkan pasangan kekasih, Zuliana Aziz atau Jue dan Jehan Miskin (Iskandar) yang membawa watak adik beradik, menjadikan drama Manjalara lebih enak untuk ditonton. Watak Faizal Yusof, suami kepada penyanyi Siti Nordiana atau Nana yang juga pernah menyertai Hero Remaja membawa watak Farizal, seorang polis atau mata-mata juga menggamit perhatian penonton. Model meletop Ashraf Muslim yang pernah bawa watak Izham dalam Impian Illyana hanya sekadar tempelan. Lakonannya masih lagi kaku dan tidak realistik. Harap muka je macho! Ops! Raja Farah, Ayu Rhaudhah, Radhi Khalid, Aziz Satar pun ada berlakon dalam drama ni.

Adaptasi dari Drama Luar?
Dikatakan drama ini diadaptasi dan dicedok dari drama Sepanyol, Mi Gorda Bella dan Ugly Betty. Cuma ada keberangkalian sahaja corak dan temanya sama iaitu menonjolkan watak imej buruk yang ditransform secara sikit demi sedikit menjadi gadis jelita. Tapi saya kira plot dan penceritaan lain dan disuaikan dengan suasana dan realiti masyarakat Malaysia. Apa sahaja dikatakan penonton, drama Emil Emilda dulu pun tak kurang juga menerima nasib yang sama.

No comments: