Wednesday, May 28, 2008

Azura, Syaffique nikah Julai ini



Akhirnya hubungan cinta jelita deejay Hot FM yang juga bekas pelari pecut negara, Nik Nor Azura NIk Mahmud atau Azura dan Pegawai Perhubungan Awam TV3, Shaffique Ahmad Zehnon bakal terikat bulan depan. Mereka akan bernikah pada 12 Julai 2008 di Terengganu, di kampung halaman Azura.

“Saya pasti akan menjemput rakan-rakan media,” kata Shaffique kepada Mybikerz Crew.

Shaffique berjaya curi hati Azura.

Resepsi perkahwinan mereka turut dijadualkan di Kuala Lumpur selepas itu. Tahniah ManggaOnline ucapkan kepada pasangan yang memang tidak pernah hipokrit pasal hubungan mereka selama ini. Semoga bahagia selama-lamanya.Team ManggaOnline memang kenal lama dengan kedua-dua mereka. Malah semasa Azura masih lagi aktif dalam olahraga pun sifatnya memang sentiasa menghormati orang._ROSLI MANAH

No comments: